Jawabanmu

2014-03-21T21:54:00+07:00
KARENA LEBIH AMAN DAN JAMINANNYA
maksud dari jaminannya itu gimana?? tolong dijelaskan lebih detail lagi,,, makasih
Jawaban paling cerdas!
2014-03-21T21:56:17+07:00
Kelebihannya;
1. Tidak perlu bawa wang tunai yang banyak dalam dompet. Sebabnya sekarang ini banyak kejadian ragut dan merompak yang berlaku dan ini sudah semestinya akan menyusahkan jika dompet kita dicuri, kita tidak akan merasa ralat kerana kita boleh terus telefon khidmat pelanggan kad kredit untuk membatalkannya. Pastikan nombor telefon khidmat pelanggan setiap bank ada dalam telefon anda.
2. Boleh kumpul mata ganjaran untuk menebus pelbagai hadiah yang menarik ataupun baucer tunai seperti yang saya gunakan sekarang. Saya sudahpun dapat menebus hadiah seperti MP4 dan Pemerah Jus Pensonic secara percuma dengan hanya menggunakan mata ganjaran. Tetapi ingat, jangan sebab nak menebus barang-barang tersebut, kita berbelanja sakan. Belanja hanya yang KEPERLUAN sahaja bukannya KEHENDAK.
3. Kad kredit ini juga memudahkan kita untuk mengisi petrol tanpa perlu beratur ke kaunter. Hanya perlu leretkan kad di mesin kad kredit dan terus isi. Jimat masa. Jika digunakan bersama dengan kad ganjaran tersebut seperti kad mesra atau kad smile lagi bagus. Lagi banyak yang anda isi, lagi banyaklah mata ganjaran yang akan anda dapat untuk tebus hadiah yang menarik.
4. Kad kredit juga dapat digunakan untuk Easy Payment Plan (EPP) jika anda ingin membeli barang yang mahal dan tidak perlu mengeluarkan wang tunai untuk mendapatkannya. Ini kerana skim EPP ini ditawarkan dengan tiada faedah dan ini sudah sepastinya akan menjimatkan kerana wang tunai yang ingin digunakan boleh di simpan dalam ASB untuk dividen atau pelaburan lain. Suka saya hendak ingatkan, sila pastikan yang anda sudah ada wang tunai tersebut untuk membeli bukannya sesuka hati untuk berhutang. Kalau tidak, anda akan merana. Untuk maklumat lanjut, saudara/i boleh lawati link INI untuk lebih kefahaman.

maaf klo salah
JADIIN YG TERBAIK YA