Jawabanmu

2014-03-20T20:05:24+07:00
B. Menyusun rangka karangan          
- Pilih mana-mana kaedah yang mudah bagi anda mencari isi          
- Senaraikan semua isi penting secara ringkas yang mungkin.          
- susun isi mengikut urutan kepentingannya.          
- Masukkan huraian serta contoh yang sesuai bagi setiap isi yang akan dihurai.           - Isi penting jangan diulang-ulang  

C. Menulis karangan
- Semasa menulis karangan anda mulakan dengan menulis pendahuluan terlebih dalu satu perenggan.
- Setiap isi yang dihurai perlu ditulis dalam satu perenggan berserta dengan contohnya. ( Bahagian-bahagian karangan yang ideal ) Perenggan Pendahuluan Perenggan isi pertama Perenggan isi kedua Perenggan isi ketiga Perenggan isi keempat Perenggan Penutup
- Tulislah mengikut urutan rangka yang telah dibuat selain menjaga kekemasan tulisan.
- Pemerenggan yang baik biasanya dimulakan dengan penanda wacana yang berkesan. Gunakan perkataan seperti, Walaupun demikian, Selain daripada faktor..., Namun demikian, Seperkara lagi... dan sebagainya. Penanda wacana membolehkan pembaca karangan anda mengetahui bahawa anda akan beralih kepada isi yang lain.