Jawabanmu

Jawaban paling cerdas!
2014-09-13T22:28:47+07:00
Sifat yang Wajib bagi ALLAH:  
1. Sifat WUJUD: Ada

 Allah s.w.t. wajib memiliki sifat Wujud ertinya Allah s.w.t. itu wajib ada. Allah s.w.t. adalah sebagai Zat yang Wajibul Wujud ertinya Zat yang wajib adanya.

 
2.  Sifat QIDAM: Sedia
 
Qidam ertinya ‘Sedia’, iaitu adanya Allah s.w.t. tidak dengan permulaan dan mustahil bagi Allah kalau berpermulaan.
 
3.    Sifat BAQA’: Kekal  
 
Allah s.w.t wajib mempunyai sifat Baqa’,ertinya kekal ataupun tidak berkesudahan, wujud Allah kekal untuk selama-lamanya, tidak ada batasan waktu ataupun masa.
 
4.    Sifat MUKHALAFATUHU LILHAWADITH: Berlainan dengan sekali makhluk Allah s.w.t. bersifat Mukhalafatuhu Lilhawadith, ertinya Allah berlainan dengan sekalian makhluk.
5.    Sifat QIYAMUHU BINAFSIHI: Berdiri dengan sendiriNya.
             Qiyamuhu Binafsihi maksudnya berdiri dengan sendiriNya, bahawa Allah bersifat berdiri dengan sendiri bukan bergantung dengan selain dari-Nya.
6.    Sifat WAHDANIYAH: Allah Maha Esa (Ke-Esa-an)

Wahdaniyah ertinya Allah Maha Esa, tidak berbilang-bilang jumlahnya. 7.    Sifat QUDRAT: Allah Maha Kuasa (Pekuasa)  
 Qudrat ertinya Allah Maha Berkuasa keatas segala sesuatu.
8.    Sifat IRADAT: Berkehendak

 Allah s.w.r. mempunyai sifat Iradat, iaitu berkehendak, maksudnya bahawa Allah s.w.t.

9.    Sifat ILMU: Allah Maha Mengetahui

Allah bersifat ilmu, ertinya bahawa Allah Maha Mengetaui.
10.   Sifat HAYAT: Hidup
 
 
Allah s.w.t. wajib mempunyai sifat Hayat iaitu hidup, dan mustahil bagi-Nya mempunyai sifat binasa yang sama dengan makhluk. Sifat hidup Allah ini tidak sama sebagaimana dengan kehidupan alam, seperti manusia, malaikat haiwan dan makhluk-makhluk yang lainnya.

11.   Sifat SAMA’: Allah Maha Mendengar
 
Sama’ ertinya Mendengar dan Allah bersifat Sama’ bahawa Allah Maha Mendengar segala sesuatu yang diperkatakan oleh makhluk-makhluk-Nya. Allah Maha Mendengar baik yang kuat mahupun perkara yang dibisikkan oleh makhluk-Nya. Walaupun begitu pendengaran yang ada pada Allah tidak berhajat pada sesuatu yang ada pada makhluk-Nya.
            Wajib pada syara’ atas tiap-tiap mukalaf itu mengetahui serta mengaku akan tentu sungguh pada hatinya akan sifat Sama’ ini yang ada pada Allah Ta’ala, dan tidak sekali-kali Allah menerima sifat Shomam (tuli). 12.   Sifat BASYAR: Allah Maha Melihat             Allah bersifat Basyar ertinya bahawa Allah Maha Melihat apa sahaja yang ada di alam ini. Allah dapat melihat segala gerak geri makhluk-Nya. Namun Penglihatan Allah itu tidaklah sama dengan penglihatan makhluk ciptaan-Nya. Allah tidak berhajat seperti makhluk-Nya untuk melihat.             Wajib pada syara’ atas tiap-tiap mukalaf itu mengetahui serta mengaku didalam hatinya akan tentu sungguh ada pada Allah Ta’ala itu sifat Basyar, dan iaitu satu sifat yang ada di Zat Allah. Tidak Allah sekali-kali menerima akan sifat ‘Umyun (buta). 13.   Sifat KALAM: Allah Berkata-kata             Allah mempunyai sifat Kalam atau berkata-kata, dan mustahil bagi Allah Yang Maha Agung itu bersifat berlawanan dengan sifat Kalam. Walaubagaimanapun Kalam Allah tidak seperti yang dihajatkan oleh makhluk-Nya. Kalam Allah itu dinamakan Wahyu yang diberikan kepada makhluk-Nya sebagai mendatangkan kebenaran-Nya.             Wajib diatas tiap-tiap mukalaf itu mengetahui serta mengaku akan tentu sungguh pada hatinya akan Allah mempunyai sifat Kalam. Iaitu satu sifat yang sedia kala di Zat AllahTa’ala. Dengan adanya sifat inilah Allah tidak akan sekali-kali menerima sifat Bukmun (bisu) 14.   Sifat KAUNUHU QADIRAN: Allah tetap selalau dalam keadaan Berkuasa   15.   Sifat KAUNUHU MURIDAN: Allah tetap dalam keadaan Menghendaki 16.   Sifat KAUNUHU ALIMAN: Allah tetap dalam keadaan Mengetahui 17.   Sifat KAUNUHU HAYYAN: Allah tetap dalam keadaan Hidup 18.   Sifat KAUNUHU SAMI’AN: Allah tetap dalam keadaan Mendengar 19.   Sifat KAUNUHU BASIRAN: Allah tetap dalam keadaan Melihat 20.   Sifat KAUNUHU MUTAKALLIMAN: Allah tetap dalam keadaan Berkata-kata  
sifat wajib adalah sifat yang wajib/harus dimiliki oleh allah