Jawabanmu

2014-09-11T13:14:48+07:00
Ilmu Tenaga dalam dikenali sebagai ‘Qi Gong’ dalam masyarakat cina, ‘Rei ki’ dalam masyarakat Jepun, ‘Kundalini’ dalam masyarakat India dan sebagainya lagi. Tenaga dalam itu sendiri dalam bahasa cina = ‘Qi’ atau ‘Chi’ , bahasa Jepun = ‘Ki’ , bahasa Sansekerta = ‘Prana’ , bahasa Polynesia = ‘Mana’ , bahasa Ibrani = ‘Ruah’ dan macam-macam lagi. Tenaga dalam adalah getaran2 yang disalurkan melalui saluran2 darah dan urat. Getaran2 itu berbeza sama ada tenaga panas (positif) atau tenaga sejuk (negatif).  Kaedah2 untuk menghasilkannya terdiri dari sama ada melalui pernafasan, latihan jurus dan juga meditasi. Tetapi di sini, saya harap saudara2 dapat bincang yang berkaitan dengan latihan pernafasan sahaja, sesuai dengan topik. Pusat tenaga dalam ialah 2 – 3 cm di bawah pusat kita. Saya pernah buka buku ilmu kesihatan, dan saya lihat gambarajah organ2 dalam tubuh manusia, di situ letaknya saraf tunjang yang bersambung dari otak. Maka ada logiknya untuk disedut oksigen agar sampai ke situ bagi merangsangkannya untuk mewujudkan medan elektromagnet.