Jawabanmu

2014-02-27T07:29:06+07:00
Sungai Gangga ialah salah sebuah sungai utama di Asia Selatan yang mengalir ke arah timur melalui Dataran Ganges di India Utara hingga ke Bangladesh. Panjang sungai ini 2,525 km (1,569 bt) mengalir dari barat banjaran Himalaya di negeriUttarakhand di India, lalu mengalir ke arah delta sungai Sundarban di Teluk Benggala. Sumber lain menyatakan panjang sungai ini ialah 2620 km.Sungai Ganges ini merupakan sungai suci kepada penganut agama Hindu yang memujanya sebagai dewi Ganga, di samping juga kaya dengan kepentingan sejarah: banyak sekali bekas ibu kota wilayah atau diraja (seperti Patliputra, Kannauj, Kara, Allahabad, Murshidabad, danCalcutta) yang terletak sepanjang tebingnya. Pada awal Zaman Veda hingga Zaman Rigveda , Sungai Indus dan Sungai Sarasvati adalah sungai suci yang utama, bukan Sungai Ganges. Tetapi sejak Veda ke-3, Sungai Ganges lebih diutamakan. Dataran Ganges menjadi lokasi pelbagai tamadun dari Empayar Maurya hingga ke Empayar Mughal .Lembangan Ganges menyalirkan air sebanyak 1,000,000 km persegi untuk menampung salah sebuah kawasan yang paling besar ketumpatan kependudukan manusianya di dunia. Kedalaman purata sungai ini adalah 52 kaki (16 m), dan kedalaman maksimumnya 100 kaki (30 m).Sungai ini ke-20 panjang di dunia. Sekitar 400 juta penduduk tinggal di kiri kanan tebing sungai dengan kepadatan penduduk 390 / km 2.Dalam buku Discovery of India (1946), Jawaharlal Nehru menyanjungi kebesaran Sungai Ganges seperti berikut:Sungai Ganges ialah sungai yang terpenting sekali di India, yang menawan sanubari India dan menarik berjuta-juta orang ke tebingnya semenjak bermulanya sejarah. Kisah Sungai Ganges, dari puncanya hingga ke laut, dari zaman dahulu hingga kini, ialah kisah tamadun dan kebudayaan India, kisah kebangkitan dan kejatuhan empayar, kisah kota-kota agung dan megah, kisah pengembaraan manusia…