Jawabanmu

2014-09-02T22:02:19+07:00
Ayat ini diturunkan disebabkan oleh ada golongan yang tidak merujuk kepada Allah dan Rasul-Nya apabila datang suatu permasalahan, pertikaian dan perbalahan di kalangan mereka.

Asbab nuzul ayat ini disebabkan oleh berlaku suatu pertikaian di antara seorang Muslim dari kalangan Ansar dan seorang yahudi. Si Yahudi tersebut menyuruh agar pertikaian itu dirujuk kepada Rasulullah SAW tetapi lelaki Ansar itu menyuruh agar perbalahan itu dirujuk kepada Ka'ab Ibnul Asyraf seorang ahli sihir Yahudi untuk penyelesaian.

Ayat ini juga diturunkan sebagai kutukan kepada golongan munafiq yang mengaku beriman tetapi apabila datang masalah dan sebagainya mengambil hukum jahiliyyah sebagai penyelesaian.

Namun, di dalam tafsir Ibn Kathir, ayat ini merujuk kepada semua golongan umat Islam agar tidak mengambil sumber hukum lain sebagai rujukan apabila berhadapan dengan sesuatu masalah. Ini menunjukkan bahawa hukum itu tidak semestinya hukum jinayat semata-mata tetapi hukum-hukum yang lain dalam Islam.

Apakah tindakan umat Islam jikalau berhadapan dengan pemerintah yang maksiat, tidak mengambil sunnah sebagai cara hidup dan rujukan, yang tidak berhukum dengan hukum Islam, mencambuk dan mengambil harta (merampok) harta rakyat dan berhati syaitan?

Dengan kata lain pemerintah itu ahli maksiat, 'sekular' (sekular dalam maksud sebenar adalah memisahkan agama dengan duniawi, jikalau orang itu hanya agamawi sahaja, sebenarnya dia juga sekular), zalim, korup dan jahat:

Ini bersesuaian dengan hadith Rasulullah yang berbunyi:

Dari Hudzaifah Ibnul Yaman radliyallahu 'anhu berkata, bersabda Rasulullah Shallallahu 'Alaihi Wa Sallam: “Akan datang sesudahku para pemimpin, mereka tidak mengambil petunjukku dan juga tidak melaksanakan sunnahku. Dan kelak akan ada para pemimpin yang berHATI SYAITHAN dalam jasad manusia.” Maka aku berkata : “Ya Rasulullah, apa yang aku perbuat jika aku mendapati hal ini?” Berkata beliau : “Hendaklah engkau mendengar dan taat pada amirmu walaupun dia memukul punggungmu dan merampas hartamu.” (HR. Muslim dalam Shahih-nya)

Rasulullah tidak menyuruh kita menentang, mengubah, ataupun melakukan sesuatu yang menyakitkan pemerintah tersebut melainkan taat.

Malahan,lebih berat lagi kerana hadith ini disusun selepas hadith menggigit akar kayu apabila tidak ada jemaah muslimin yang selalu disebut-sebutkan kepada anak usrah di dalam usrah dan tamrin: