Syair Perahu

Inilah gerangan suatu wadah
Mengarangkan syair terlalu indah
Membentuki jalan tempat berpindah
Di sanalah itikat diperbaiki

Wahai muda kenali dirimu
Ialah perahu tamsil tubuhmu
Tiadalah berapa lama hidupmu
Ke akhirat jua kekal diammu

Hai muda arif budiman
Hasilkan kemudi dengan pedoman
Alat perahumu jua kerjakan
Itulah jalan membentuki insane

Perteguh jua alat perahumu
Hasilkan bekal air dan kayu
Dayung pengayuh taruh di situ
Supaya laju perahumu itu

Sudahlah hasil kayu dan ayar
Angkatlah pula sauh dan layar
Pada beras bekal jantanlah taksir
Niscaya sempurna jalan yang kabir

Perteguh jua alat perahumu
Muaranya sempit tempatmu lalu
Banyaklah disana ikan dan hiu
Menanti perahumu lalu dari situ

Muaranya dalam ikan pun banyak
Disanalah perahu karan dan rusak
Karangnya tajam seperti tombak
Ke atas pasir kamu tersesak


Soal
1. menentukan tema dan amanat dalam syair perahu

1

Jawabanmu

2014-09-06T22:22:01+07:00
Tema:
Kerinduan

Amanat:
Di dalam rangkap pertama, pengarang menjelaskan tentang keindahan syair yang dihasilkannya untuk pembaca.
Dalam rangkap kedua, pengarang memfokuskan syair ini kepada golongan muda. Perahu dianggap sebagai tubuh badan seseorang yang tidak kekal di dunia ini. Rangkap ini memberi peringatan kepada masyarakat bahawa setiap yang bernyawa pasti akan mati jua.
Dalam rangkap ketiga adalah mengenai kehidupan. Hidup mestilah berlandaskan pedoman yang sudah tersedia. Pedoman-pedoman itu dijadikan panduan dalam kehidupan supaya masyarakat hidup bersatu padu dan hidup dalam kelompok masyarakat yang aman damai.
Dalam rangkap ke empat, bermaksud anggota badan mestilah teguh dan kuat untuk melancarkan perjalanan hidup kita. Di sini pengarang menggunakan  alat perahu sebagai simbol kepada anggota badan.
Dalam rangkap kelima, bermaksud kekuatan. Jika kita mempunyai kekuatan, kita mampu meneruskan hidup dengan sempurna dan tidak sia-sia.
Dalam rangkap ke enam, bermaksud hidup ini penuh dengan pelbagai cabaran yang hanya menunggu peluang untuk mencabar hidup manusia.
Dangkap ke tujuh, memperlihatkan maksud tentang cabaran-cabaran yang hebat boleh melemahkan iman dan pegangan manusia.

Semoga bermanfaat ;)
1 5 1