Jawabanmu

2014-08-26T19:36:24+07:00
Sungai Ganges (Bahasa Hindi: गंगा Gaṅgā) ialah salah sebuah sungai utama di Asia Selatan yang mengalir ke arah timur melalui Dataran Ganges di India Utara hingga ke Bangladesh. Panjang sungai ini 2,525 km (1,569 bt) mengalir dari barat banjaran Himalaya di negeri Uttarakhand di India, lalu mengalir ke arah delta sungai Sundarban di Teluk Benggala. Sumber lain menyatakan panjang sungai ini ialah 2620 km. Sungai Ganges ini merupakan sungai suci kepada penganut agama Hindu yang memujanya sebagai dewi Ganga, di samping juga kaya dengan kepentingan sejarah: banyak sekali bekas ibu kota wilayah atau diraja (seperti Patliputra, Kannauj, Kara, Allahabad, Murshidabad, dan Calcutta) yang terletak sepanjang tebingnya. Pada awal Zaman Veda hingga Zaman Rigveda , Sungai Indus dan Sungai Sarasvati adalah sungai suci yang utama, bukan Sungai Ganges. Tetapi sejak Veda ke-3, Sungai Ganges lebih diutamakan. Dataran Ganges menjadi lokasi pelbagai tamadun dari Empayar Maurya hingga ke Empayar Mughal . Lembangan Ganges menyalirkan air sebanyak 1,000,000 km persegi untuk menampung salah sebuah kawasan yang paling besar ketumpatan kependudukan manusianya di dunia. Kedalaman purata sungai ini adalah 52 kaki (16 m), dan kedalaman maksimumnya 100 kaki (30 m).
2014-08-26T19:57:44+07:00
Kota-kota yg ada di pinggir sungai gangga salah satunya kota Allahabad