Jawabanmu

2014-08-22T14:53:02+07:00

Ini adalah Jawaban Tersertifikasi

×
Jawaban tersertifikasi mengandung isi yang handal, dapat dipercaya, dan direkomendasikan secara seksama oleh tim yang ekspert di bidangnya. Brainly memiliki jutaan jawaban dengan kualitas tinggi, semuanya dimoderasi oleh komunitas yang dapat dipercaya, meski demikian jawaban tersertifikasi adalah yang terbaik dari yang terbaik.
Buku yang bertajuk Proses pembuatan , Jilid II yang ditulis oleh Prof. Madya Zainal Abidin Ahmad merupakan pensyarah kanan di  Jabatan kejuruteraan Pengeluaran dan Industri, Fakulti Kejuruteraan Mekanikal, Universiti Teknologi Malaysia. Buku ini membincangkan berkenaan proses pembuatan utama yang diamalkan pada hari ini yang melibatkan  bidang Kejuruteraan mekanikal, Kejuruteraan pembuatan, kejuruteraan industri dan Kejuruteraan bahan dan metalurgi. Walaupun tidak begitu terperinci berhubung dengan pelbagai jenis proses pembuatan , ia dapat membantu memberikan informasi yang bermanfaat kepada individu yang terlibat dalam bidang kejuruteraan seperti para pendidik, jurutera, pensyarah politeknik, pensyarah universiti, pengurus dan penyelia. Selain itu, buku ini ditulis untuk digunakan sebagai teks asas bagi pelajar yang mengikuti pengajian di peringkat sijil,  diploma dan ijazah pertama di institut pengajian tinggi dan kemahiran atau sekolah teknik dan vokasional dalam bidang berkaitan. Buku ini amat mudah difahami kerana bahasanya yang ringkas dan tepat serta dibantu dengan gambarajah proses serta jadual berkaitan yang jelas bagi membantu penerangan. Buku ini disusun kepada 2 bahagian iaitu Bahagian I ( Proses Pembentukan Logam) dan Bahagian II ( Proses Penyambungan).Pengenalan buku ini membincangkan secara am berkenaan dengan pembuatan, sepertimana  penulis menerangkan bahawa pembuatan adalah suatu aktiviti bagi menghasilkan barangan berguna bermula daripada bahan mentah pelbagai jenis bahan samada tulen atau campuran. Pelbagai jenis proses, mesin dan teknik digunakan mengikut perancangan yang tersusun bagi menghasilkan barangan yang berkualiti mengikut kehendak pelangan seterusnya mengekalkan prestasi pembuatan. Perbincangan seterusnya pada Bahagian I iaitu Proses Pembentukan Logam yang melibatkan  Asas-asas pembentukan logam, Proses menggelek, Proses menempa, Proses penyemperitan, Proses penarikan rod, dan tiub, proses pembentukan kepingan logam I (mericih) dan (melentur), Proses pembentukan kepingan logam II (penarikan dalam, pembentukan regang, pemejaman dan lain-lain), . Bahagian II pula membincangkan berkenaan Proses Penyambungan iaitu Proses pematerian dan pematerian keras, Proses kimplan gas, proses kimpalan arka, Proses kimpalan rintangan, Proses kimpalan keadaan pejal, Proses kimpalan yang lain, Sambungan, mutu dan ujian kimpalan, Kebolehan, pertimbangan reka bentuk dan pemilihan proses, Proses penyambungan daya mekanikal dan Ikatan perekat.Untuk pengetahuan, proses pembuatan adalah satu bidang yang penting pada masa kini, dimana setiap kursus kejuruteraan mekanikal di politeknik, universiti malah pusat-pusat kemahiran di dalam bidang teknik dan vokasional ada mempelajarinya. Topik yang terdapat pada buku ini sangat berguna kepada pelajar serta pengajar dan pensyarah bagi menambah ilmu yang sedia ada dalam bidang kejuruteraan pembuatan bahan. Selain itu, proses pembuatan melibatkan banyak disiplin berhubung dengan sifat dan kelakuan mekanikal dan fizikal bahan, metalurgi, fizik, analisis daya, kimia, pelinciran dan pemindahan haba. Aspek lain bagi pembuatan melibatkan reka bentuk barangan, reka bentuk dan pembinaan mesin, perancangan pengeluaran, automasi, kawalan mutu, pemasangan, kawalan kos, keselamatan, daya pengeluaran, pemasaran dan jualan.Proses pembentukan menggunakan alat pembentuk dan tekanan untuk mengubah bahan kepada bentuk dan saiz tertentu. Bahan tersebut boleh ditekan iaitu seperti proses menempa dan menggelek, boleh ditarik atau ditolak seperti proses penarikan dan penyemperitan, boleh dibengkok seperti proses melentur dan menggelek bentuk dan sterusnya boleh diricih seperti proses ricihan. Selain daripada itu, terdapat juga proses pembentukan yang agak khusus seperti menggunakan alat pembentuk tertentu. Sejumlah besar daripada proses pembentukan boleh dilakukan dalam keadaan sejuk atau panas.Sebagai rumusannya, buku ini adalah buku yang amat bermanfaat dan berguna sebagai teks asas untuk pelajar-pelajar ijazah pertama dalam kejurteraan mekanikal, tetapi ia juga sesuai sebagai rujukan tambahan kepada pelajar diploma kejuruteraan dan sijil  kejuruteraan. Merujuk kepada penulis, buku ini bertujuan memberikan asas yang kukuh, walaupun tidak begitu terperinci berhubung dengan pelbagai jenis proses pembuatan utama yang diamalkan pada hari ini. Adalah diharapkan bagi sesiapa sahaja yang membaca buku ini akan dapat menyedari dan memahami betapa penting dan relevannya pembuatan sebagai satu bidang atau displin kejuruteraan masa kini dan sterusnya merasai bahawa ia sebenarnya merupakan bidang yang menarik dan mencabar.
boleh kamu perinci lagi ??
ini masih kasarannya , tolong donk di perinci lagi, thnx