Jawabanmu

2014-08-08T15:53:48+07:00
Nabi Ibrahim adalah putera Azar (atau Terah bin Nahor bin Serug bin Rehu bin Falikh bin Aaabir bin Syalih bin Arfakhsyad bin Saam bin Nuh A.S.). Baginda dilahirkan di sebuah tempat bernama "Faddam A'ram" dalam Empayar Neo-Babylon yang pada waktu itu diperintah oleh seorang raja zalim bernama "Namrud bin Kan'aan." Sebelum itu keadaan tempat kelahirannya berada dalam kucar-kacir. Ini adalah kerana Raja Namrud mendapat petanda bahawa seorang bayi akan dilahirkan disana dan bayi ini akan membesar dan merampas takhtanya. Antara sifat insan yang akan menentangnya ini ialah dia akan membawa agama yang mempercayai satu tuhan dan akan menjadi pemusnah batu berhala. Insan ini juga akan menjadi penyebab Raja Namrud mati dengan cara yang dahsyat. Oleh itu Raja Namrud telah mengarahkan semua bayi yang dilahirkan di tempat ini dibunuh, manakala golongan lelaki dan wanita pula telah dipisahkan selama setahun.
2014-08-08T18:10:09+07:00