Jawabanmu

2014-05-02T15:44:03+07:00
Kebudayaan melayu membaur dengan kebudayaan arab
2014-05-02T15:48:43+07:00
Mengikut Dr. Zaitul Azma bt Zainon Hamzah, pada abad ke -13 pengaruh agama Islam menjadi makin dominan di Nusantara. Perkembangan agama Islam membawa bersama-samanya bahasa Arab.Zaman ini memperlihatkan kemasukan perkataan Arab dan tulisan Jawi yang menggunakan huruf-huruf Arab. Secara ringkasnya evolusi tahap kedua berlaku kepada bahasa Melayu. Bahasa Melayu berkembang dengan pesat melalui peminjaman perkataan Arab dan Parsi. Di samping itu, bahasa Melayu juga mula berkembang dengan bahasa-bahasa dari Barat seperti Portugis, Inggeris, dan Belanda.Menurut Ismail Hussein (1984:25), bahasa Melayu Klasik bermula sekitar abad ke-13 dan ke-14. Tetapi beliau menyebutnya sebagai zaman peralihan di seluruh kepulauan Melayu dengan kedatangan agama Islam. Bukti konkrit tentang bertapaknya Islam di Nusantara dari sudut sejarah diperoleh pada tahun 1292 M sewaktu Marco Polo melawat Sumatera Utara dan catatannya tentang pengislaman Pasai.Pada zaman peralihan dalam abad ke-13 dan ke-14 telah dijumpai beberapa prasasti dalam bahasa Melayu yang ditulis menggunakan huruf India tetapi bahasanya sudah terdapat pengaruh bahasa Arab. Di sini bermulanya bahasa Melayu klasik.