Jawabanmu

2014-04-29T16:41:49+07:00
Manusia menjalankan aktiviti harian dengan berinteraksi dengan alam sekitar untuk mencapai kesejahteraan hidup. Kesan interaksi yang melampau akan memberi kesan negatif kepada alam sekitar. Antara contoh aktiviti manusia yang menyebabkan kerosakan kepada alam sekitar ialah penggunaan racun perosak, penggunaan bahan api, kenderaan bermotor, perumahan, perkilangan dan sebagainya
2014-04-29T16:48:47+07:00
Hutan ditebang untuk pelbagai tujuan. Antaranya termasuklah untuk pembalakan, pembinaan jalan raya, petempatan, kilang, perlombongan mineral dan pertanian. Foto 8.1 Kawasan hutan yang telah ditebang Tanah dan permukaan bumi di kawasan tersebut terdedah pada hakisan air hujan dan angin. Air hujan yang turun akan memecahkan tanah di permukaan bumi dan mengalir ke sungai-sungai. Apabila aliran sungai menjadi perlahan, tanah dan lumpur yang dibawa bersama itu akan mendap di dasar sungai. Dasar sungai pun akan menjadi cetek. Semasa hujan lebat, isi padu air sungai akan bertambah.             Air yang berlebihan ini membanjiri kawasan di sekitar sungai. Hal yang demikian membawa beberapa kesan buruk kepada alam sekitar. Air sungai akan tercemar oleh lumpur yang berlebihan. Banjir juga mudah berlaku