Jawabanmu

Jawaban paling cerdas!
2014-04-18T20:09:43+07:00
1. Wilayah Pengaruh §  Wilayah - Kawasan tempat tinggal rakyat dan sempadannya yang diterima umum. §  Wilayah Pengaruh – kawasan yg rakyatnya menerima dan memperakui pemerintahan seorang raja. §  Empayar Kesultanan Melayu Melaka meliputi keseluruhan Semenanjung Tanah Melayu dan seluruh Timur Sumatera.

2. Kedaulatan §  Kekuasaan tertinggi terhadap rakyat sesebuah wilayah dan kekuasaan ini tidak boleh dihadkan oleh mana-mana pihak. §  Kedaulatan juga merujuk kepada kekuasaan yg dimiliki untuk menggubal dan menguatkuasakan undang-undang. §  Kedaulatan memastikan sesebuah negara itu bebas daripada campur tangan, paksaan, taklukan atau penjajahan kuasa asing.

3. Lambang-lambang §  Lambang Negara – Simbol atau tanda yg mempunyai ientiti sesebuah negara. §  Bahasa Melayu merupakan bahasa kebangsaan dan lambang penyatuan negara dan bangsa. §  Sistem pemerintahan beraja, adat istiadat Melayu, bahasa Melayu dan agama Islam merupakan warisan yang dikekalkan sejak Kesultanan Melayu Melaka. §  Kebesaran sultan dan Kesultanan Melayu Melaka juga dilambangkan dengan alat regalia, nobat, warna, bahasa, undang-undang, protokol dan adat istiadat istana.




2 5 2