Jawabanmu

Jawaban paling cerdas!
2014-04-17T16:29:57+07:00
Komponen alam dengan alam :
1. Air dengan tumbuhan : Tumbuhan membutuhkan air untuk tumbuh dan berkembang serta untuk menyimpan air pada tumbuhan
2. Tumbuhan dengan tanah : Tumbuhan membutuhkan zat hara dari tanah serta untuk tumbuh
3. Air dengan tanah : Contohnya pengairan pada sawah, tanah membutuhkan air supaya dapat terus subur.
4. Air dengan hewan : Hewan membutuhkan air untuk minum
5. Tumbuhan dengan hewan : Misalnya hewan herbivora membutuhkan tumbuhan untuk makan, contohnya daun di pepohonan.

2 5 2
2014-04-17T16:32:03+07:00
.1. atmesfora
Atmosfera terdiri daripada beberapa lapisan sfera yang berbaza-beza sifatnya antara satu sama lain. Ruangan atmisfera berada dalam lingkunagn kira-kira 100km dari muka bumi hingga ke angkasa lepas atau lebih mudah ia disempadani oleh lapisan ozon (Saberi Othman, 1986). Terdapat empat sfera dalam ruangan atmosfera yang dibezakan berdasarkan suhu udara yang terdiri daripada lapisan Troposfera, Stratosfera, mesosfera dan termosfera.Unsur udara yang mempunyai oksigen (O2), nitrogen (N2), Hidrogen (H2) dan lain-lain dalam persekitaran akan menentukan tahap kebersihan udara. Punca-punca utama gas dan bahan cemar wujud daripada aktiviti manusia dan juga semula jadi. Sumber pencemar daripada manusia seperti pembakaran terbuka yang menghasilkan bau, habuk, abu, gas-gas dan lain-lain; kenderaan berenjin mengeluarkan bunyi bising dan asap; industri pula menghasilkan gas-gas beracun bagi manusia dan alam. Aktiviti-aktiviti manusia yang lain ialah pembakaran hutan, sektor pembinaan yang mengeluarkan debu serta habuk, letupan dan letusan gunung berapi , ribut pasir dan semburan (sea-spray).

2.Litosfera

Lapiran litosfera pula terdiri daripada unsur batuan, tanah dan tanih. Lapisan tersebut merupakan struktur asas yang membina bentuk muka bumi dan unsur asas bagi kebanyakan hidupan menjalankan kehidupan dan mencari makanan. Boleh dianggap bahawa, lapisan litosfera merupakan habitat bagi sebahagian spesies yang hidup di dalamnya.


Manusia banyak menjalankan aktiviti mereka atas permukaan bumi yang terdiri daripada daratan seperti perkilangan, pembinaan, pengangkutan, cari gali minyak, gas dan mineral, pertanian dan pembalakan. Contoh pencemaran alam sekitar yang melibatkan Litosfera ialah hakisan tanah, tanah runtuh, gelunsur tanah dan tanah mendap.

3.Biosfera

Lapisan biosfera meliputi unsur hidupan atau hayat dan unsur ini tidak terhad kepada unsur yang bernyawa sahaja malahan turut melibatkan elemen yang tidak bernyawa. Unsur bernyawa dapat dicontohkan seperti manusia, haiwan, serangga, organisma dan mikroorganisma; manakala unsur tidak bernyawa pula seperti tumbuhan dan flora.

Lapisan ini penting bagi menstabilkan fizikal litosfera dan kehidupan hayat keseluruhannya. Kestabilan litosfera seperti tanah-tanih boleh disokong dengan tumbuhan; kehidupan manusia juga dibantu oleh tumbuhan yang mengeluarkan oksigen serta manusia juga menggunakan sumber daripada biosfera untuk makanan. Semua ini merupakan pertalian yang penting dalam sebuah ekosistem yang melibatkan lapisan litosfera dan biosfera.