Jawabanmu

2014-03-31T20:14:21+07:00
Jawaban paling cerdas!
2014-03-31T20:24:21+07:00
1. Kerajaan maritim terletak di persisiran pantai dan masyarakatnya menjalankan kegiatan yang berkaitan dengan laut seperti perdagangan. 2. Sungai dan laut dijadikan sebagai sistem perhubungan utama 3. Aktiviti utama adalah membina kapal dan menjalankan aktiviti perikanan. Pusat pentadbirannya tertumpu di kawasan muara sungai. Pelabuhan amat penting bagi kerajaan maritim. Pelabuhan merupakan pusat perdagangan 4. Pelabuhan-pelabuhan kerajaan maritim menyediakan pelbagai kemudahan seperti bekalan air, tempat menyimpan barang dan pasar atau kawasan jual beli 5. Segala kemudahan yang disediakan adalah untuk memberi keselesaan kepada pedagang-pedagang sementara menunggu perubahan angin untuk belayar 6. Antara kerajaan maritim yang terkenal di sekitar Selat Melaka dan Laut China Selatan ialah seperti Kerajaan Chih Tu, Champa dan Kedah Tua 7. Kawasan sekitar Selat Melaka dan Laut Jawa pula muncul kerajaan Srivijaya 8. Pedagangan kerajaan Maritim meliputi kawasan sekitarnya, serantau, perdagangan antarabangsa dan entrepot 9. Pelabuhan entrepot berfungsi sebagai pusat pengumpulan dan pengedaran barang 10. Barangan dari kawasan pedalaman dan pulau yang berhampiran ialah seperti hasil hutan, rempah ratus, ubat-ubatan, damarm gaharu dan cendana 11. Pedagang dari Negara China, India, Arab dan Eropah amat memerlukan barangan ini. Barangan ini dijual dengan harga yang mahal 12. Aktiviti perdagangan seperti ini membawa kepada perdagangan bercorak antarabangsa 13. Masyarakat maritim mahir dalam membaiki kapal dan ilmu pelayaran.
4 5 4